PRODUK GAMAT MARKISA PLUS
Komponen utama Gamat Markisa Plus ini terdiri daripada gamat, markisa (sekeluarga dengan buah delima) dan komponen-komponen minor lain yang amat berkhasiat dan bermanfaat kepada tubuh badan kita.
Buah markisa merupakan salah satu buah yang mempunyai banyak sekali manfaat untuk kesihatan, buah yang mempunyai rasa manis sedikit asam ini memang mengandungi banyak nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Ini dia beberapa manfaat buah markisa untuk kesihatan:
Sumber Vitamin C
Buah markisa merupakan salah satu buah dengan kandungan vitamin C yang sangat baik. Mengambil buah markisa telah memenuhi sekitar 50 peratus daripada keperluan vitamin C harian anda.
Sumber Antioksidan
Buah markisa merupakan buah dengan tinggi kandungan antioksidan yang cukup ampuh melawan berbagai macam penyakit seperti kanser dan keradangan.
Manfaat Buah Markisa Untuk Kesihatan
1. Menjaga Kesihatan Pencernaan
Buah markisa bermenafaat untuk mengatasi berbagai macam masalah pencernaan seperti sembelit. Buah ini juga merupakan ubat yang sangat baik untuk rawatan hyperacidity, perut dan duodenum.
2. Kaya Beta Karotin
Kandungan betakarotin dalam buah markisa boleh mendorong perkembangan tulang dan gigi, pembaikan rangkaian tubuh, mengurangkan risiko arthritis, penyakit Parkinson dan kemurungan.
3. Kaya Zat Besi
Markisa merupakan salah satu makanan yang mengandungi zat besi cukup tinggi. Dalam 1 cawan buah markisa mengandungi kira-kira 4 mg zat besi.
4. Mengandungi Folik
Buah markisa diketahui merupakan salah satu dari makanan yang mengandungi asid folik cukup baik, asid folik berfungsi untuk menjaga kesihatan mental dan otak, serta dapat mencegah terjadinya kecacatan pada bayi sepanjang masa kehamilan. Selain itu, asid folik juga boleh menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan peredaran darah.
5. Kaya Karbohidrat dan Rendah Kalori
Membantu menstabilkan berat badan. Buah markisa boleh membantu dalam menurunkan berat badan kerana mengandungi rendah kalori, sodium dan lemak. Walaupun rendah kalori dan juga lemak Buah markisa juga kaya dengan karbohidrat dan gula semula jadi yang dapat secara cepat meningkatkan stamina anda setelah penat beriadah atau bekerja.
6. Kandungan Serat Yang Tinggi
Buah markisa adalah sumber serat yang sangat baik. Dalam 100 gram buah markisa mengandungi 10.4 g atau 27% kandungan serat. Serat sangat diperlukan untuk diet dan membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Selain itu serat dalam buah markisa juga boleh membantu melindungi membran mukus usus dengan cara mengurangkan pendedahan bahan-bahan toksik di dalam usus besar serta mengikat bahan kimia yang merupakan penyebab terjadinya kanser di usus besar.
7. Kandungan Kalium Yang Tinggi
Buah markisa sangat kaya dengan kalium. Dalam 100 g buah markisa mengandungi kira-kira 348 mg kalium. Kalium merupakan komponen yang sangat penting untuk membantu mengatur degupan jantung dan kestabilan tekanan darah.
8. Kandungan Vitamin C Yang Tinggi
Bagi pesakit asma. buah markisa adalah nutrisi yang dapat meringankan serangan penyakit tersebut. Selain kerana buah ini mengandung vitamin C, markisa juga mempunyai kesan menyekat histamin yang menyebabkan gejala penyakit asma.
Kebaikan Markisa Untuk Kecantikan Tubuh
1. Meremajakan Kulit
Buah markisa merupakan buah yang sangat kaya antioksidan. Kandungan antioksida yang tinggi pada buah ini dapat dilihat melalui warna kulit dan isi buah ini, Fungsi antioksidan sendiri adalah dapat membantu tubuh untuk menghalang peroses penuaan pada kulit kita. Salah satu zat antioksidan yang boleh kita dapati di dalam buah markisa adalah beta-karotena, Antioksidan yang terkandung di dalamnya ternyata boleh larut di dalam lemak tubuh kita.
2. Menurunkan Berat Badan
Bagi orang yang sedang menjalani Diet, Buah-buah merupakan hal yang wajib dimakan, dan markisa sangat baik untuk dimakan. Hal ini kerana markisa mempunyai kalori yang rendah, hanya 97 kalori per 100 g! Buah markisa juga rendah sodium dan lemak. Markisa juga mengandungi karbohidrat dan gula alami dalam jumlah yang baik. Nutrisi buah ini bekerja menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Kandungan serat yang tinggi pada buah ini membuat anda kenyang, sehingga anda tidak mahu makan makanan lain lagi.
3. Membuat Kulit Lebih Halus
Selain itu kandungan vitamin c pada buah markisa sangat baik untuk kesihatan kecantikan kulit dan wajah. Memakan buah markisa secara teratur dapat membuat kulit tubuh kita semakin halus dan bersinar kerana kandungan vitamin c di dalamnya yang dapat membantu peremajaan kulit.